Tuesday, December 14, 2010

lama x hupdate..

ok..orked nk say sorry..coz lama xupdate...
bnyak bnda menghalang..termasuklah writer's block..
nk wat cane kan..
cuma....doakanla orked ada idea nk sambung cite yg da lama sangat2 tertunggak tu..
sory sesangat...
:(
papepun..sokongan anda dihargai.. :)

Friday, August 27, 2010

KeRaNa TaKdiR -10-

Hati Qalish Widylea membara. Seluruh tubuhnya dirasakan menggeletar dengan kata-kata yang terngiang-ngiang di cuping telinga. Berdesing rasanya dengar sesi sindir menyindir yang ditujukan kepadanya tadi. Mahu saje dia ponteng sekolah. Tapi sampai bila?? Satu hari nanti dia kene menghadapinya jugak.
              “Muka je ganas, perangai je macam brutal. Tapi dengan katak pun takut!” Berderai tawa budak-budak kelas 5 Ixora.
              “Itulah kalau perempuan berlagak macam lelaki.. Tak sedar diri. Ingat diri tu power sangat?? Dengan katak pun sampai tergolek ke lantai!!” kata-kata Kelly itu disambut tawa meleret Geng Telur.
  Kembang-kempis hidungnya menahan marah. Terbayang-bayang muka-muka gedik yang mengutuknya tadi. Sebal!! Bebal!! Ish!!!!!!!!!!!!
              ‘ Aku kena laksanakan plan aku secepat mungkin.. Kalau asyik macam ni,masak aku dibuatnya..tak leh jadik ni!!’ Qalish Widylea bermonolog sendiri. Dalam tengah sedap-sedap menyusun plan dalam kepala otak,tetibe tubuhnya terlanggar dengan seseorang. Habis air mineral kat tangan tumpah kena baju orang yang dilanggar. Erk, sorryla brother! Perlahan-lahan dia mendongak.
              ‘ Aiseyman…takde orang lain ke aku nak jumpa ni??? Apasal la mamat ni jugak? Macam kat sekolah ni da tak wujud makhluk-makhluk lain yang bergelar lelaki??’
Danish Imran dah tersengih-sengih macam kerang busuk.  Mula dalam hati nak mengusik lagi.
              “Kalau berjalan pakai mata! Bukan pakai kepala lutut! Sebab tu dok melanggar orang je!” Suara Danish Imran melengking tinggi.
              “Setahu aku jalan pakai kaki bukan pakai mata! Cube kau demo sikit macam mana nak jalan pakai mata? Macam syok je??” Qalish Widylea sudah menyindir. ‘ Kau ingat kau tinggi-tinggikan suara kau tu aku takut? Sorryla beb..’

Friday, June 18, 2010

KeRaNa TaKdiR -09-

"Min jumpa tak?" tanya Puan Kamariah tatkala terpandang Adham Muhyemin yang baru pulang dari kerja. Kasut diletak di atas rak kasut. Kemudian lelaki itu melabuh duduk di sofa empuk yang dah tak berapa nak empuk di ruang tamu rumah bujangnya. Tali leher dilonggarkan. Dia menarik senyum nipis. 

"Bonda ni tak sabar-sabar,eh?"Tersenyum lagi. Menatap riak wajah perempuan tua di hadapannya. Gelas berisi air yang dihulur Puan Kamariah diambil. Kemudian diteguk rakus. Bagi menghilangkan dahaga. Kemudian menggeleng perlahan. 

"Min tak dapat jejak dia. Diorang dah tak duduk kat rumah lama tu lagi. Min tengah try carik diorang sampai dapat." Nampak jelas riak hampa di wajah Puan Kamariah. Jantung Adham Muhyemin bergetar hebat. Sebenarnya bukan susah sangat nak cari Dato Zafrul Effendi. Dah tahu pun diorang tu kat mana. Terkenal satu Malaysia. Tapi,dia tak boleh bagitau pada bonda masa ni. Mahu nak balik Malaysia sekarang jugak. Masih ada perkara yang belum selesai. Adham Muhyemin memejam mata. Nak elak kena soal macam-macam dengan Puan Kamariah. Tiba-tiba. Adham Muhyemin teringat kat adik-beradik tirinya. Kenangan yang ada tu macam dark chocolate. Walaupun pahit,tetap ada manisnya. Apa yang pasti, semuanya tinggal kenangan.

*********************************************************************
Qalish Widylea terjaga dari tidur. Masih terbayang-bayang mimpinya tadi. Kejadian itu masih tak lekang dari mindanya. Tak pernah luput. Dan tidak akan luput!
“Kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini. Dasar perempuan tak sedar diri!!” jerit Datuk Zafrul Effendi.
            Beg pakaian berselerakan. Esak tangis masih lagi kedengaran. Air mata yang mengalir tidak langsung membuka pintu simpati di hati Datuk Zafrul Effendi. Keras hatinya. Sebagai orang yang sangat berpengaruh dalam bidang politik, segala ura-ura ataupun cerita panas boleh membawa kepada keruntuhan kariernya. Panas telinganya apabila dihidangkan cerita yang isterinya itu mepunyai anak ikan ataupun kekasih muda.
            “Kau keluar! Jangan sekalipun kau tunjuk muka kau kat aku. Kau nak bela anak ikan ke, apa ke, lantak kau. Tapi jangan harap aku akan lepaskan kau. Berambus!!” bergema suara Datuk Zafrul Effendi menggegarkan kawasan Vila Puteri.
           Hujan lebat yang membasahi bumi tidak menghalang Datuk Zafrul Effendi daripada menghalau isteri pertamanya itu keluar dari rumah. Guruh yang berdentum langsung tak meruntun hati lelaki itu bagi menghulur sedikit simpati. Kilat yang sabung menyabung tidak menggentarkannya. Tangisan budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 8 tahun langsung tidak diendahkannya.
            "Abang, saya tak salah abang. Kenapa abang buat saya macam ni. Kalau tak kesiankan saya sekalipun, kesianla kat anak kita ni,bang." Rayu wanita itu dalam sedu-sedan. Dato' Zafrul Effendi tak peduli. Lantaklah apa nak jadi. 
 " Kau dah memalukan aku, ada hati nak merayu-rayu? Berambus! Jangan sampai aku nampak muka kau lagi! Berambus!!Bawak anak haram kau ni sekali!!" Dato' Zafrul Effendi menyepak tubuh wanita itu. Budak lelaki yang terkedu melihat ibunya disepak-sepak mula memukul Dato' Zafrul Effendi. Apa sangatlah tenaga budak kecil sepertinya yang hanya tersembam menyembah bumi dengan sekali tolakan kasar Dato' Zafrul Effendi. Mulut Dato' Zafrul Efffendi tak henti-henti mengherdik,memaki-hamun. Menghalau wanita yang pernah menghuni hatinya. 
 "Bonda, kenapa babah buat bonda macam ni? Babah dah tak sayang kita lagi ke bonda?" Teresak-esak si kecil dalam dakapan bondanya.
Qalish Widylea hanya mampu memandang. Air mata yang meleleh tidak mampu diseka. 'Bonda tinggalkan Wid?Kenapa tak bawa Wid sekali,bonda??"

Tuesday, June 1, 2010

KeRaNa TaKdiR -08-

Nazhatul Balqish memerhati Qalish Widylea dari jauh. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk menyelami perasaan gadis misteri itu.

            "Hye Que.." Nazhatul Balqish menyapa. Lantas meletak duduk di sisi Qalish Widylea. Walaupun Qalish Widyela tersandar di pokok sambil menutup wajahnya dengan topi, dia tahu Qalish Widylea menyedari kehadirannya.
          "What are you doing here??" keras suara Qalish Widylea. Terganggu.
          "Saja.  Aku tau kau sentap dengan Im kan? " Hening. Qalish Widylea tak membalas.

*******************************************************
Danish Imran tarik sengih lebar sambil menyanyi kecil. Entah kenapa,dia rasa tersangatlah happy. Terbayang muke Qalish Widylea yang terkejut tadi. Cute! Err,cute???kau biar betul Danish Imran! Hatinya berkata sendiri. Apa yang pasti sengihannya memang tak hilang-hilang..Hehehehe....

      Plastik kecil yang diletak dalam beg sekolahnya dikeluarkan perlahan-lahan. Kemudian diletakkan di bawah laci meja Qalish Widylea.. Tersengih lagi. Masih teringat-ingat tumbukan sulung Qalish Widylea di pipinya. Kekalahan gadis tu dalam match basketball masih tak cukup nak balas kesakitan yang dia rasa. Ni penambah perisa. Penyedap rasa..

            Suasana dalam kelas senyap. Sunyi. Macam tak ada penghuni. Walaupun Qalish Widylea rasa pelik. Dia biar je. malas nak ambik tahu apa kes yang wat kelas ni berubah. Selalu kalau tak bising memang tak sah. Lepas rehat,perut kenyang. Hati senang. Dia pelik. Danish Imran langsung tak cari gaduh dengannya hari ni. Tapi dia lega. Tenang. Pantas tangannya menyeluk ke laci meja. Ingin mencapai buku latihan yang harus dihantar. Si Daniel dah memekik-mekik suruh hantar buku. Tapi apa yang dia pegang bawah laci bukan buku. Lembik! Lembab! Qalish Widylea dah naik seram. Apa ni?? Macam-macam dah terbayang kat kepala. Katak? Apa?? KATAK??!! Qalish Widylea dah terlompat. Jatuh dari kerusi. Macam nangka busuk jatuh ke tanah. Katak yang dari tadi bersembunyi dalam laci. Melompat keluar. Muka Qalish Widylea?? Tak payah cakap la. Pucat. Terketar-ketar.. Danish Imran dah gelak tak ingat. Gamat satu kelas. Bukan takat Danish Imran je. Rasanya semua orang dalam kelas tu nak tergolek-golek gelak bila tengok reaksi Qalish Widylea.

            Hentaman kuat pada meja buat semua terdiam. Qalish Widylea tahan marah. Memang nak kene ni! Patutlah tak cari gaduh dengan aku, ada plan rupanya. Rasa nak terkeluar semua isi perut yang aku makan masa rehat tadi. Gila punya Danish Imran!!
*************************************************

            Qalish Widylea senyap. Masih terbayang-bayang peristiwa tadi. Fresh! Terperanjat beruk aku dibuatnya. Geramnye. Dalam diam, dia tersengih. Menyusun strategi baru. Nazhatul Balqish yang setia di sisi langsung tak dipedulikan. Lantaklah. Peduli hape aku!

Thursday, May 20, 2010

Maaf..xde entry baru..

maaf ye..wat sementara ni mungkin xde entry baru..xde mood nk menulis..
lots of problems come over to my place... :)

i like this song damn much...


muahxx...

"Soledad"

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad


Monday, May 3, 2010

KeRaNa TaKdiR -07-


"Woi,lembab la kau ni bawak.Sampai tahun depan pun aku tak sampai kalau macam ni." marah jejaka yang berada dalam teksi yang dibawa Qalish Widylea. Qalish Widylea hanya senyap. Tak mahu membalas.
             "Woi,pekak ke?Cepatla sikit bawak tu..Aku dah lambat ni!" Langsung tak jaga hati Qalish Widylea yang mula membara tu. Proton Saga merah putih itu semakin berbahang rasanya. Degupan jantung Qalish Widylea semakin laju...Cuba menahan sabar yang semakin menipis.
            "Encik, kan jalan tengah sesak ni. Bukan saya boleh buat apa. Sekarang ni kan waktu orang balik dari pejabat. Memangla sesak. Tadi sebelum naik, saya dah cakap dengan encik. Sabar ajelah.Kalau nak cepat sangat jalan kaki!" Qalish Widyela akhirnya membentak perlahan. Geram pulak rasanya dengan lelaki yang berada di sebelahnya itu. Tadi bukan dia tak cakap. Dah bagitau pun. Tak pe..Takpe konon.. Last-last aku gak yang kena maki.. Qalish Widylea menggelengkan kepalanya.
Lelaki tadi terus terdiam. Terkedu. Salahnya juga. Tapi dia memang betul-betul nak cepat.
            "Maaf." sepatah kata yang keluar dari mulut jejaka itu membuatkanya terkedu. Maaf? Dah lama telinga Qalish Widylea tak dengar perkataan keramat itu dari mulut seorang lelaki.Terkedu. Sampai dia nyaris melanggar lampu merah.
            "Woi! Aku nak hidup lagi. Bawakla elok-elok!!" Terbang rasa terkedu Qalish Widylea diganti dengan rasa sebal. Ah! Lelaki memang semuanya sama je. Jalan mulai lengang dan Qalish Widylea menekan pedal minyak. Lajunya kereta yang dibawanya mencecah 160 km/h. Kini jejaka di sebelahnya terkedu pula. Terdiam terus. Kini dadanya pulak berdebar-debar. Takut.Hanya itu yang dirasakan. Mulutnya terkumat-kamit. Mendoakan agar dirinya selamat dalam perjalanan ini bersama pemandu teksi gila di sebelahnya.

******************************************************************

           Qalish Widylea mencampak topi Nike yang dipakainya ke atas sofa. Letih benar tubuhnya seharian memandu teksi di seluruh bandar. Direbahkan tubuhnya yang lesu. Tak lama kemudian dia terlelap. Suara orang bertempik mengejutkan Qalish Widylea dari tidur. Terpisat-pisat Qalish Widylea. Namun suara Datuk Zafrul Effendi yang melengking tinggi membuatkan Qalish Widylea sedar 100%.

          "You tak ada hak nak halang apa yang I buat! I nak kahwin lain pun bukan masalah you!" tengking Datuk Zafrul Effendi.
          "You tak malu ke? Umur da lebih separuh abad, tapi nak kahwin dengan betina yang sebaya dengan anak you sendiri!"
         "Eh,mulut you tu jaga sikit! You tu dengan budak Zack tu. Bukan Zack tu sebaya dengan Is? You jangan cakap lebih la."
         "I tak ada apa-apa dengan Zack la! Dia tu partner business I je.!" Suara Datin Marlia naik seoktaf. Geram benar dengan Datuk Zafrul Effendi. Datuk Zafrul Effendi  pula hanya tersenyum sinis.
         "Kalau you tak kahwin dengan I, sekarang ni mesti you dah merempat tengah jalan! Kalau bukan sebab you kahwin dengan I, you takkan berjaya macam ni tau! Kalau bukan sebab papa I bagi you modal, you takkan kaya-raya macam ni,Zainal. Bila you dah jatuh nanti, you tahulah rasa sakit!"
        " Modal? I dah lama bayar hutang I dengan papa you. Kalau you nak sepuluh kali ganda pun, I mampu bagilah! Bukan ke you jugak yang merayu-rayu..." Tak sempat Datuk Zafrul Effendi menghabiskan ayat, terdengar bunyi pintu berdentum kuat dari atas. Nyata, Qalish Widylea tak sanggup mendengar lagi perbalahan orang tuanya. Tak perlu dia melihat, perasaanya sudah remuk.



KeRaNa TaKdiR -06-

Matanya tertancap ke dada buku, tapi jiwa dan perasaannya tiada di situ. Teringatkan peristiwa semalam. Hatinya meronta, memberontak ingin melahirkan rasa gelodak marah yang membuak dalam dada. Perhatiannya langsung tiada dalam kelas. Hanyut dalam dunianya sendiri. Papanya buat hal lagi! Alyyn dibawa pulang ke Vila Puteri. Masih terngiang-ngiang lagi suara manja perempuan itu di telinganya, macam bunyi nyamuk yang menghurung telinga. Masih terbayang lagi di matanya kelakuan-kelakuan tak senonoh papanya. Tergedik-gedik merapati papanya. Dah lah tu, tangan memang tak reti nak duduk diam. Merayap sana sini. Sakit agaknya tangan dia tu kalau duduk diam. Sakit matanya. Ahh.. Persetankanlah semuanya itu. Dengusan kasar keluar dari celah bibirnya yang merekah merah itu. Dadanya berombak kasar. Menahan gelodak rasa.
Saat ini telinganya terdengar pula rengekan manja Raja Khaleda Mysara. Terkekek-kekek ketawa. Entah apa yang lucu sangat tak tahulah. Duduk sekumpulan dengan pelajar-pelajar perempuan lain yang putih melepak dan digelar geng telur. Kerana kulit mereka yang putih macam telur. Qalish Widylea mengalih pandang. Menyampah rasanya. Tangan Raja Khaleda Mysara yang lebih mesra dipanggil Kelly melambai ke arah Zachrull Shaffique yang baru tiba ke kelas.
“Come here. I have something to talk about with you.” Kata Kelly manja.
“Zack.I’m sorry.” Kelly memaut lengan Zachrull Shaffique. Zachrull Shaffique pula tersenyum.
‘Ah, dasar lelaki..’ ulas Qalish Widylea dalam hati. Pantas mendengus. Menandakan ketidakpuasan hatinya.
Zachrull Shaffique pula hanya diam. Membiarkan Kelly dengan kata-katanya. Dia sendiri sudah jelik dengan perangai gadis itu. Biarlah dia membisu sebagai penawar. Dapat dilihat Qalish Widylea yang resah di tempat duduknya. Kelly yang semakin bosan bercakap dengan ‘tunggul kayu’ segera berlalu. Mengisi perut yang lapar. Mengambil kesempatan yang ada, Zachrull Shaffique menghampiri gadis yang beku, dingin di tempat duduknya. Walaupun zahir gadis itu seperti lelaki, dia tetap tertarik untuk menghampiri. Mahu mengetuk pintu hati gadis itu untuk mengenal dunia remaja.
“Que..” sapa Zachrull Shaffique. Qalsih Widylea memalinkan muka ke arah lain. Membisu.
“Kenapa kau senyap? Tak sudi nak kawan dengan aku?” cuba menyapa lagi.
Qalish Widylea makin rimas. Digumpal-gumpal kepingan kertas yang ada di bawah mejanya, kemudian dibaling tepat ke muka Zachrull Shaffique.
“Please leave me alone!!” tegas bunyinya.
***********************************************************************************
Danish Imran memandang ke kiri dan kanan mencari seseorang. Meliar matanya mencari namun masih tak ketemu. Sudah merata dia mencari sehingga terasa lenguh lututnya.
‘Ish, mana dia ni!! Time aku nak carila dia tak ada. Kalau tak, ada je aku nampak muka dia tercongok kat sini!’ gerutu hatinya. Geram.
Dalam matanya meliar, tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang duduk menyandar di bawah sepohon pokok besar di pinggir padang sekolah. Cahaya matahari sudah mula meredup dilindung awan. Tapi matanya masih dapat mengenali. Sweater kelabu, topi Nike putih merah dan sneakers. Siapa lagi kalau bukan Qalish Widylea. Meskipun topinya ditarik melindungi mukanya, Danish Imran masih boleh mengenal. Sekali pandang, sebijik macam lelaki. Hati nakalnya mula ingin mengusik.
“Woi, Que!” laungnya dari jauh.
Qalish Widylea tak ambil peduli.
‘Lantak kaulah nak terlolong, nak menjerit macam orang gila. Tak boleh ke nak tengok orang senang?!’ Merengus lagi. Sejak kehadiran lelaki yang bernama Danish Imran itu ke sekolahnya, dia tak pernah lagi ada ruang untuk bersenang - lenang. Ada je idea lelaki tu nak mengacau. Rasa geram, sebal, toksah cakaplah. Dah berbakul-bakul maki hamunnya dihadiahkan buat lelaki itu, tapi tak paham-paham jugak.
 " Woi, tak dengar ke?!" Jerit Danish Imran di telinga Qalish Widylea. Qalish Widylea dah menggengam penumbuk. Sakit hatinya. Nak bagi aku pekak ke mamat ni?
 "Ala, nak tumbuk aku ler tu.. Kau macam kuat sangat. Pape pon, kau tetap perempuan. Tak payahla nak berlagak macam lelaki." Danish Imran berkata sinis.
 Muka Qalish Widylea sudah mula memerah. Tanda marah. Dadanya pula berombak kasar. Terus berdiri dan melangkah pergi. Malas nak layan kerenah Danish Imran.

Tuesday, March 9, 2010

KeRaNa TaKdiR -05-

Bunyi bola keranjang dilantun kedengaran jelas. Hubungan yang semakin meruncing menambah perisa terhadap perlawanan ini. Qalish Widylea memang misteri dan ramai yang tidak menyukai kewujudannya. Danish Imran pula rebutan pelajar perempuan yang tergedik-gedik mencuri perhatian lelaki itu. Justeru, perlawanan yang tak seberapa ini nampak berat sebelah. Namun, permainan hendaklah dibuat secara adil.

  Sorakan demi sorakan bergema memenuhi ruang gelanggang. Degupan jantung laju, selaju ayunan langkah membawa bola. Perlawanan sudah berlangsung selama sejam, namun satu jaringan pun masih gagal diperoleh.

 Peluh menitis menuruni cerun pipi. Qalish Widylea gagah beraksi dengan topi merah putih Nike kesayangannya. Ayu?? Dah hilang kena telan dek penampilan boyish nye tu. Laju tangannya merampas bola di tangan Danish Imran dan terus score satu jaringan. Dah takde masa untuk amaran dah.

            Danish Imran mula rasa tercabar. Gadis di hadapannya ini bukan boleh dipandang remeh. Apatah lagi sebelah mata. Pandangannya dipaku kepada gadis misteri di hadapannya ini. Buat seketika, permainan berpihak kepada Qalish Widylea. Mana mungkin dia kalah pada seorang perempuan. Rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Nafas ditarik dalam-dalam bagi menstabilkan denyutan jantung. Tajam mata helangnya memerhatikan langkah Qalish Widylea mencari peluang untuk merampas bola.

  Rampas-merampas dah jadi rutin. Mata sudah setara dan permainan sudah hampir ke penghujung. Qalish Widylea pula sudah semakin rancak menghayun langkah menghalang Danish Imran daripada menjaringkan lebih mata. Wajahnya sudah dibasahi peluh dan sorakan keliling makin kuat dan mula menganggu tumpuannya. Gamat dan riuh. Dalam pada dia cuba untuk menjaringkan mata di saat terakhir itu, Danish Imran merampas bola dan kemenangan menjadi milik jejaka itu.

            Qalish Widylea menjerit kecewa. Longgar lututnya dek kekalahan pertama itu. Dengan itu, Danish Imran secara rasminya menjadi ahliblacklist Qalish Widylea yang paling top. Number 1 lagi. Tunduk menekur lantai gelanggang. Hanya itu yang mampu dilakukan Qalish Widylea. Kekalahan ini seperti kekalahan total. Dia nampak lemah di mata Danish Imran.
 ' Tidak!! Aku tak boleh lemah!!!' keluh hati kecilnya.

            Langkah diatur perlahan meninggalkan lantai gelanggang. Terdengar-dengar suara-suara sinis memerlinya dan mengutuknya. Namun semua tu tak jadi kudis bagi Qalish Widylea. Puas Nazhatul Balqish memanggil-manggil Qalish Widylea, namun tak nampak tanda yang gadis itu akan berhenti. Berlari-lari anak Nazhatul Balqish bagi menyaingi langkah besar Qalish Widylea.

  "Que, kau janganla macam ni. Aku tahu kau kecewa. Tapi try to take this as a challenge. Jangan putus asa,ok?"
 "Aku dah kalah, Naz! Kau tak nampak senyum sinis dia tu? Aku benci dia,Naz!! Aku benci!!"
Tersentak Nazhatul Balqish dek jeritan Qalish Widylea. Macam nak tercabut dah jantung rasa. Terdetik rasa kasihan di kalbunya untuk gadis yang bernama Qalish Widylea. dia tahu, gadis itu ada sesuatu yang disembunyikannya. Jauh dari pengetahuan sesiapa..

 "Best man always win, Que.." Suara Danish Imran terdengar di telinganya. Halus namun sinis. Dengan senyuman menyindirnya, Danish Imran mengenyit mata dan berlalu. Qalish Widylea geram, lalu membaling bola di tangannya tepat mengenai lampu jalan. bunyi pecah berderai itu menyebabkan suasana yang bising tadi jadi senyap. Kalau bunyi jarum jatuh ke lantai pun boleh dengar. Dengan langkah longlai, dia berlalu.

Monday, March 8, 2010

KeRaNa TaKdiR -04-

Nazhatul Balqish menggeleng-geleng kepalanya melihat Qalish Widylea ke hulur ke hilir..Mundar-mandir dengan butir bicara yang dia sendiri tidak faham. Entah mengapa, dia terasa rapat dengan gadis itu. Lantaklah macam mana pun perangai si Qalish Widylea ni. Janji tak jahat, boleh dibuat kawan. Bagi Nazhatul Balqish, dia bersyukur. Qalish Widylea tak adalah seperti anggapan ramai teman-temannya. Semuanya menyimpang jauh.

             Fikirannya yang melayang tadi tercampak semula ke alam nyata apabila Qalish Widylea tiba-tiba mendengus kasar. Kuat.

             "Ni yang aku tak puas hati ni!!! Aku dah tak tahan dah dengan perangai mamat sial tu!" kini, Qalish Widylea menggenggam penumbuk.

             "Kau ni kenapa Que? Aku tak faham la."
 "Si Danish Imran tulah. Jangan pandang rendah kat akulah. Dia tak kenal lagi siapa aku ni!!"
 "Apahal plak kali ni?" tanya Nazhatul Balqish.

            Qalish Widylea tidak menjawab, tetapi memandang ke satu arah dengan pandangan yang maha tajam. Tertarik, Nazhatul Balqish turut menoleh. Terpampang di matanya jejaka yang amat dibenci Qalish Widylea, Danish Imran.

             "Petang ni kat court. Jangan buat-buat lupa plak...Kalau tak datang, confirm kau ni pengecut. Luar je kuat, dalam lembik..Perempuan lah katakan....." Danish Imran gelak kasar. Bergema tawanya di pinggir padang yang agak sunyi itu.

             Qalish Widylea cuma mampu mendengus kasar. Berombak-ombak dadanya tanda kesabarannya memang teruji apabila berhadapan dengan lelaki ini. Suka benar jejaka itu mengganggu sekelumit ketenangan miliknya.

  'Kesabaran masih milik engkau. Jangan sampai nanti aku hilang sabar, nahas kau aku kerjakan' Kata-kata itu cuma terluah di dalam hati. tersekat di kerongkong, tak terkeluar patah bicaranya.

            Lengan Nazhatul Balqish ditarik, sebagai tanda mengajak gadis itu beredar dari situ. lebih lama dia menghadap Danish Imran, lebih menggelegak jiwanya.

             "Kau jangan lupa, pengecut!" Jeritan itu bergema di kejauhan, sayup-sayup di pendengaran Qalish Widylea, namun masih dapat ditangkap bait-baitnya.

Saturday, March 6, 2010

KeRaNa TaKdiR -03-

Sekuntum ros putih itu diletakkan dalam gelas kaca yang terletak di sisi katilnya. Dicium bau harum ros itu dalam-dalam. Lantas diambilnya sebuah diari berwarna putih gading dalam laci meja sisi. Dibuka halaman terakhir yang ditulis beberapa hari lalu. Dibaca sepintas lalu, dan ditulis bait-bait baru di muka surat seterusnya.

Terduduk aku disudut kamar yang berdebu
Berselimut hangat dengan karma yang menyeksa
Tak kuasa berpaling tuk menghindar
Derita terus mendera, menempa, menindih dari segala arah
Tak ingin kusesali
Namun wajar sakit ini meminta sedikit air mata
Hingga hampir kering jelaga rasa pelipur jiwa
Ragaku teguh namun tidak jiwaku
Namamu kuucap,tapi sakit yang kurasa
Dari pecah rongga bibir berdarah
Kenapa kau benci aku,
berucap pun ku hanya bisa tuk bertanya
Semua bicara tentangmu aku simpan rapi
Dalam sepi jiwaku
Dalam hangat tangisku…

Qalish Widylea Zafrul Effendi
3 Februari 2007,11 25 pm.

Qalish Widylea mengeluh. Mengelap titis-titis air mata yang berguguran jatuh. Dia kalah lagi. Kalah dengan rasanya yang satu itu. Dia menapak ke keluar. Menuju ke bilik salah seorang kakaknya, Qamelia Balqis. Bunyi bising-bising orang menjerit membuatkan dia terpanggil untuk ke bilik kakaknya itu.
“Kak Qamy..” panggil Qalish Widylea sambil membuka pintu. Serentak itu, kepalanya dicium sebiji pasu kecil yang melayang dibaling Qamelia Balqis.
“Aduh…” jerit Qalish Widylea. Dia kemudiannya berteriak memanggil Mak Esah yang berada di tingkat bawah. Entah dengar atau tidak orang tua itu. Dalam pada itu, dia segera menangkap tangan Qamelia Balqis dari terus membaling barang-barang yang ada di situ.
“Aku benci kau!!! Aku benci!! Keluar!!Keluar!!” jerit Qamelia Balqis.
‘Penyakitnya datang lagi..’ terkilas kenyataan itu dalam hatinya.
Lantas dipeluk erat Qamelia Balqis yang sedang meracau itu. Meronta-ronta Qamelia Balqis apabila tubuhnya dikunci begitu. Mak Esah datang terkocoh-kocoh bila dia seakan-akan terdengar suara Qalish Widylea menjerit memanggilnya tadi. Qamelia Balqis masih terjerit-jerit. Qalish Widylea pula masih menenangkan kakaknya.
“ Kak Qamy.. Please..It’s me.. it’s me, Leya..” Qalish Widylea terus memujuk Qamelia Balqis yang masih meronta-ronta. Beberapa ketika kemudian barulah Qamelia Balqis berhenti meronta. Teresak-esak Qalish Widylea menangis bila teringat peristiwa hitam yang berlaku beberapa tahun dahulu, yang menyebabkan Qamelia Balqis jadi begini. Qamelia Balqis mencapai tangan Qalish Widylea dan dicium bertalu-talu.
“Sayang Leya…Kak Qamy sayang Leya.. Jangan tinggalkan Kak Qamy ye??” Tangan halus Qamelia Balqis mencapai sikat berus berwana hitam dengan ukiran bunga di tangkainya. Sikat itu sangat cantik. Terpesona Qalish Widylea saat pertama kali melihat sikat itu. Qamelia Balqis menyisir rambut pendek Qalish Widylea yang hitam berkilat itu perlahan-lahan.
“Rambut Leya cantik.. Macam Barbie doll..”
“Kak Qamy, esok kita ke hospital ye?” ajak Qalish Widylea.
“Tak nak!! Aku tak nak! Tak nak!!!!” Qamelia Balqis tiba-tiba mengamuk dan mencampak apa sahaja yang ada di sisinya bila mendengar Qalish Widylea mengajaknya ke hospital.
“Kak Qamy, please. For me? Kak Qamy tak sayang Leya ye?” Qalish Widylea memujuk lagi.
Akhirnya setelah beberapa lama dia memujuk, Qamelia Balqis bersetuju setelah disogokkan untuk dibawa ke taman permainan. Sejak peristiwa itu Qamelia Balqis lebih berperangai keanak-anakan. Dia ingin dibelai dan dimanja bagaikan kanak-kanak kecil. Sebelum tidurnya, hendaklah dinyanyikan lagu atau dibacakan cerita-cerita pendek. Peristiwa hitam itu benar-benar mengubah Qamelia Balqis.
*************************************************************************************
Hospital pakar yang terletak di tengah kota itu tak pernah lengang dengan pesakit. Bau ubat begitu kuat menusuk hidung. Qalish Widylea memimpin Qamelia Balqis ke bilik rawatan. Dia terlewat setengah jam dari waktu yang ditetapkan. Ini semua gara-gara Qamelia Balqis yang mengamuk pagi tadi. Wajahnya sendiri luka-luka, cedera terkena penangan Qamelia Balqis.
 Pintu bilik rawatan diketuk perlahan. Melangkah masuk apabila diarahkan. Qamelia Balqis mula resah. Sedikit meronta-ronta. Qalish Widylea cuba memujuk selembut mungkin. Diulang janjinya. Qamelia Balqis dan Qalish Widylea dijemput duduk oleh Dr. Amran, pakar psikiatri yang merawat Qamelia Balqis sejak sekian lama. Qamelia Balqis tersenyum apabila dihulurkan lollipop yang berwarna-warni.
            “How are you today, dear?” Tanya Dr. Amran lembut sambil tersenyum manis bertanya kepada Qamelia Balqis. Qamelia Balqis cuma tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
 “Macam mana keadaan dia dua tiga hari ni?” Tanya Dr. Amran kepada Qalish Widylea. Inginkan kepastian dari gadis itu pula.
 “Masih tak menentu, doktor. Kadang-kadang meracau, mengamuk tak tentu pasal. Ni dahi saya luka masa dia baling pasu bunga hiasan kat rumah tu.”
Dr. Amran mengangguk. Kemudian dipanggil Qamelia Balqis ke satu sudut. Dia bercakap-cakap dengan wanita itu. Qalish Widylea hanya memerhati dari jauh. Kepalanya sendiri berdenyut-denyut. Tiba-tiba sakit kepalanya datang menyerang. Mungkin disebabkan oleh penangan pasu bunga yang dibaling kakaknya tadi.

Friday, March 5, 2010

KeRaNa TaKdiR -02-

“ Ish, menyampahnya aku!!! Meluat!” bentak Qalish Widylea sambil menghempas buku yang dipegangnya. Tersentak pelajar lain yang ada di dalam kelas 5 Ixora itu. Nazhatul Balqish datang menghampirinya.
“Kenapa, Que?” tanya gadis itu perlahan. Dalam keadaan takut-takut, dia bertanya. Angin Qalish Widylea tak mampu ditebak.
“ Tak habis-habis nak kacau aku! Aku tak kacau diorang pun. Tak reti buat kerja sendiri ke?” Anginnya masih belum surut. Berombak dadanya menahan marah yang memuncak.
“Apa kau pandang-pandang? Tak reti nak buat hal sendiri? Menyibuk!!” marah Qalish Widylea lagi kepada rakan sekelasnya. Menikus masing-masing sambil cepat-cepat membuat kerja masing-masing. Tak mahu ditengking lagi dengan ‘singa betina’ itu.
“Que..” Panggil Nazhatul Balqish sekali lagi. Qalish Widylea menghela nafasnya kasar. Meninggalkan Nazhatul Balqish terpinga-pinga.
Qalish Widylea membasuh muka. Berharap agar air yang sejuk itu turut sama menyejukkan hatinya yang menggelegak panas. Menarik nafasnya dalam-dalam bagi menenangkan jiwanya yang bergelora. Tak semena-mena, Qalish Widylea menghentak tangannya ke birai singki. Namun sakit yang terasa tak setanding dengan sakit yang dirasakannya dalam hati saat ini.
Kaki yang melangkah terhenti bila jalannya dihalang oleh sekumpulan pelajar lelaki.
“ Phewiit….” Siul salah seorang dari mereka.
Qalish Widylea buat tak tahu. Ingin diteruskan langkah yang terhenti, namun masih dihalang. Dia ke kiri, mereka ke kiri. Dia ke kanan, mereka ke kanan.
‘ Aku terjun bangunan ni karang’ geram benar hatinya bila langkahnya dihalang begitu. Dah lah tadi spesies-spesies ni jugak yang mengacau. Memang nak cari nahas ni. Namun dia masih boleh bersabar. Ditahan dirinya agar tak menghayun tangannya.
“ Dah tak ada kerja lain nak buat ke?” tengking Qalish Widylea.
“Uish, garangnya.. nak tercabut jantung aku ni hah..” kata seorang pelajar lelaki yang bernama Danish Imran diiringi tawa yang galak oleh rakan-rakannya.
“Takut giler…” sambung seorang lagi. Makin galak tawa yang berderai itu.
Qalish Widylea tak mampu lagi bersabar. Nyata, dia orangnya yang panas baran. Lantas penumbuk sulungnya hinggap di wajah kacak Danish Imran. Terkedu jejaka tersebut seketika. Yang lain, terus bertempiaran lari. Langsung tidak disangka yang gadis itu berani menghayun penumbuknya.
‘Puas hati aku.’ Bisik Qalish Widylea dalam hatinya sendiri. Melangkah terus meninggalkan Danish Imran yang terlongo. Terkejut benar agaknya lelaki itu.
‘Tak padan langsung dengan status budak baru, ada hati nak kacau aku. Memang dia tak kenal lagi aku ni sape agaknya.’ Bisik hati Qalish Widylea.
Qalish Widylea menapak semula ke kelasnya, memandangkan mata pelajaran Matematik Tambahan hampir bermula. Tanpa sedar, setiap langkahnya diperhati tajam oleh Danish Imran. Bagaikan mata helang yang sedang memerhatikan mangsanya.