Saturday, January 9, 2010

KeRaNa TaKdiR -Prolog-

Jangan salahkan takdir kalau apa yang terjadi itu tidak seperti yang kita impikan. Tak sama dengan apa yang kita harapkan. Kita sebagai insan tiada hak untuk mempertikaikan apa yang berlaku. Ada rahsia di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Janganlah mengeluh kerana ini semua hanyalah cubaan dan dugaan untuk menguji tahap keimanan kita sebagai hamba.. Sebagai pelakon di pentas yang bernama bumi, kita mempunyai skrip yang tersendiri. Skrip itu yang dinamakan takdir.. Berserahlah kepada Yang Maha Esa, kerana Dia lebih mengetahui. Sesengguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
            Tangisan tidak lagi memberi makna apa-apa buat dirinya. Meratap dan bersedih atas apa yang telah terjadi telah tertulis dan tersurat dalam lipatan skrip yang telah dikhaskan untuknya. Kejadian itu mungkin telah termaktub dalam untaian perjalanan ceritanya.. Apa yang pasti, kehidupan hari ini perlu dijalani dengan hati yang tabah. Tapi mampukah dia? Mampukah dia untuk terus bertahan?
 Dia memeluk tubuh menghadap ke luar jendela. Mengeluh lagi... Entah untuk kali yang keberapa. Hati siapakah yang tidak pilu apabila kekhilafan orang lain terhenyak di pundaknya.. Beban itu tergalas di bahunya seorang sahaja. Orang luar lebih mengerti apa yang dirasainya. Apa yang tersirat di hatinya, hanya dia yang tahu. Sedih, apabila disisihkan. Mengapa? Kenapa? Kalimah itu berulang kali mengganggu benaknya. Hingga tak tertanggung rasanya.
 ‘T.A.K.D.I.R... Begitu mudah untuk mengungkapkannya.. Perkataan yang terbina dari enam huruf ini, punya makna yang dalam sekali. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang benar-benar menyelami maknanya akan tahu apa itu takdir. Namun siapa sangka, perkataan yang begitu mudah ini jugalah yang membuatkan aku merana. Bukan untuk menyalahkan takdir, tapi aku yang merasa segala keperitan yang ada. Segala pahit maung itu terpaksa aku redah sendiri, walau aku tak mahu. Aku yang menelan penderitaan seksa ini.. Sungguh, aku bagai tak berdaya lagi untuk meneruskan langkah kaki untuk merentas jalan kehidupanku ini..Aku mengah. Mengah berlari apabila dikejar gelombang semalam. Aku dah penat.. Kehilangan tenaga. Apa yang terjadi begitu perit untuk aku hadapinya seorang.
 Sekujur tubuh yang dari tadi berdiri di tepi jendela, merenuung kepekatan malam, bagai merenung jalan-jalan penuh liku yang harus diredahnya hari esok. Termenung jauh..Cuba menyelami lubuk hati yang kian parah bernanah. Angin malam yang berpuput lembut tidak mampu merawat hatinya yang diselubungi resah. Entah bila luka hatinya akan sembuh. Entah hari ini, esok, atau tidak akan sembuh buat selama-lamanya?’
            Baru sebentar tadi monolog dalamannya menjerit menggelitar, menggegar seluruh urat saraf yang berselirat dalam jiwanya. Dia merenung ke kejauhan mencari-cari semangat dan keyakinan yang semakin terhakis, menipis dalam dirinya..