Monday, May 3, 2010

KeRaNa TaKdiR -06-

Matanya tertancap ke dada buku, tapi jiwa dan perasaannya tiada di situ. Teringatkan peristiwa semalam. Hatinya meronta, memberontak ingin melahirkan rasa gelodak marah yang membuak dalam dada. Perhatiannya langsung tiada dalam kelas. Hanyut dalam dunianya sendiri. Papanya buat hal lagi! Alyyn dibawa pulang ke Vila Puteri. Masih terngiang-ngiang lagi suara manja perempuan itu di telinganya, macam bunyi nyamuk yang menghurung telinga. Masih terbayang lagi di matanya kelakuan-kelakuan tak senonoh papanya. Tergedik-gedik merapati papanya. Dah lah tu, tangan memang tak reti nak duduk diam. Merayap sana sini. Sakit agaknya tangan dia tu kalau duduk diam. Sakit matanya. Ahh.. Persetankanlah semuanya itu. Dengusan kasar keluar dari celah bibirnya yang merekah merah itu. Dadanya berombak kasar. Menahan gelodak rasa.
Saat ini telinganya terdengar pula rengekan manja Raja Khaleda Mysara. Terkekek-kekek ketawa. Entah apa yang lucu sangat tak tahulah. Duduk sekumpulan dengan pelajar-pelajar perempuan lain yang putih melepak dan digelar geng telur. Kerana kulit mereka yang putih macam telur. Qalish Widylea mengalih pandang. Menyampah rasanya. Tangan Raja Khaleda Mysara yang lebih mesra dipanggil Kelly melambai ke arah Zachrull Shaffique yang baru tiba ke kelas.
“Come here. I have something to talk about with you.” Kata Kelly manja.
“Zack.I’m sorry.” Kelly memaut lengan Zachrull Shaffique. Zachrull Shaffique pula tersenyum.
‘Ah, dasar lelaki..’ ulas Qalish Widylea dalam hati. Pantas mendengus. Menandakan ketidakpuasan hatinya.
Zachrull Shaffique pula hanya diam. Membiarkan Kelly dengan kata-katanya. Dia sendiri sudah jelik dengan perangai gadis itu. Biarlah dia membisu sebagai penawar. Dapat dilihat Qalish Widylea yang resah di tempat duduknya. Kelly yang semakin bosan bercakap dengan ‘tunggul kayu’ segera berlalu. Mengisi perut yang lapar. Mengambil kesempatan yang ada, Zachrull Shaffique menghampiri gadis yang beku, dingin di tempat duduknya. Walaupun zahir gadis itu seperti lelaki, dia tetap tertarik untuk menghampiri. Mahu mengetuk pintu hati gadis itu untuk mengenal dunia remaja.
“Que..” sapa Zachrull Shaffique. Qalsih Widylea memalinkan muka ke arah lain. Membisu.
“Kenapa kau senyap? Tak sudi nak kawan dengan aku?” cuba menyapa lagi.
Qalish Widylea makin rimas. Digumpal-gumpal kepingan kertas yang ada di bawah mejanya, kemudian dibaling tepat ke muka Zachrull Shaffique.
“Please leave me alone!!” tegas bunyinya.
***********************************************************************************
Danish Imran memandang ke kiri dan kanan mencari seseorang. Meliar matanya mencari namun masih tak ketemu. Sudah merata dia mencari sehingga terasa lenguh lututnya.
‘Ish, mana dia ni!! Time aku nak carila dia tak ada. Kalau tak, ada je aku nampak muka dia tercongok kat sini!’ gerutu hatinya. Geram.
Dalam matanya meliar, tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang duduk menyandar di bawah sepohon pokok besar di pinggir padang sekolah. Cahaya matahari sudah mula meredup dilindung awan. Tapi matanya masih dapat mengenali. Sweater kelabu, topi Nike putih merah dan sneakers. Siapa lagi kalau bukan Qalish Widylea. Meskipun topinya ditarik melindungi mukanya, Danish Imran masih boleh mengenal. Sekali pandang, sebijik macam lelaki. Hati nakalnya mula ingin mengusik.
“Woi, Que!” laungnya dari jauh.
Qalish Widylea tak ambil peduli.
‘Lantak kaulah nak terlolong, nak menjerit macam orang gila. Tak boleh ke nak tengok orang senang?!’ Merengus lagi. Sejak kehadiran lelaki yang bernama Danish Imran itu ke sekolahnya, dia tak pernah lagi ada ruang untuk bersenang - lenang. Ada je idea lelaki tu nak mengacau. Rasa geram, sebal, toksah cakaplah. Dah berbakul-bakul maki hamunnya dihadiahkan buat lelaki itu, tapi tak paham-paham jugak.
 " Woi, tak dengar ke?!" Jerit Danish Imran di telinga Qalish Widylea. Qalish Widylea dah menggengam penumbuk. Sakit hatinya. Nak bagi aku pekak ke mamat ni?
 "Ala, nak tumbuk aku ler tu.. Kau macam kuat sangat. Pape pon, kau tetap perempuan. Tak payahla nak berlagak macam lelaki." Danish Imran berkata sinis.
 Muka Qalish Widylea sudah mula memerah. Tanda marah. Dadanya pula berombak kasar. Terus berdiri dan melangkah pergi. Malas nak layan kerenah Danish Imran.

No comments:

Post a Comment

Please Leave Your Comment..Thank You..:)